
rasa macam nak bagitau je. haha. ikot akulah nak bagitau ke tak. hee.
dulu masa darjah 3 ramai yang ejek aku sebab mata aku.
aku pun apa lagi..aku buat serangan balas dengan mengejar budak itu keliling sekolah.
ye aku suka buat acara lari ketika di sekolah rendah. HAHA.
buat ala-ala cite hindustan tapi ni lebih kepada gangsterism berbanding dengan loverism. (ade ke loverism nih) ?
diorang selalu ejek aku pasal mata aku. aku tak tahu kenapa.actually,aku tau kenapa. kau tahu? mungkin kau tahu.
mungkin sebab mataku ini cantik dan mereka amat mencemburui.
ye itulah MAJOR REASON. ngee. LOL.
dan disebabkan ejekan itu, aku akan balas dengan ejekan balik.
"Dah Mata Kau Tuh...Sepet!!!" kata Hidayah. =)
dan sekarang aku pakai cermin mata a.k.a glasses as known as spectacles lebih dikenali sebagai spek mata.
aku pakai cermin mata since i was darjah enam. betul-betul masa nak amik UPSR. dan sampailah sekarang.
kadang-kadang aku pun tak suke pakai cermin mata. menyusahkan.
bile ujan. air ujan tu doklah terlekat kat cermin.
bile kuar dari kereta especially kalau air-con sejok gile, mule lah berkabus semacam.

apa konklusi yang anda boleh buat apabila membaca statement di atas?
YE. saya pemalas sebenarnya nak mengelap cermin mata itu. HAHA.
mungkin tu sebahagian. tapi kadang-kadang aku rasa pakai cermin mata cam budak skema.
haha. ni semua salah orang yang bagi definition ke atas skema, budak nerd.
bukan aku tak suke ke apa, just entah. lagipun aku rasaa.... (biar jelah aku rasa eh.. :P)
tapi pakai cermin mata orang kata kita genius.
orang kata.padahal tak de genius sangat pon. hehe.
memang serius cakap memang aku gian nak pakai contact lens.
haha. pernah pakai. tapi cam rindu dengan spek.
lagipun nnt kejadian yang sama berulang lagi. haha. pandai-pandailah ko pikir.
berbalik adegan mengejek tuh, sekarang aku baru realise dan sedar apa yang Allah dah bagi kat aku.
aku tau ada hikmah disebalik mata aku nih. dan disebalik kerabunan mata aku nih.
memang Allah tolong aku menghadapi semua ni.(eh rasa nak menitik plak airmata nih. dushdush)
disebabkan orang ejek aku sebab mata, pastu mata aku rabun. kemudian aku pakai cermin mata. dan orang tak ejek aku lagi dah.
SENYUM. =)

so, aku rasa ada hikmah jugak aku rabun sket. tapi kadang-kadang aku tertanya jugak.
kenapalah aku rabun. kalau tak, memang tak yah pakai spek.
bila lama-lama pikir ada baiknya jugak aku pakai spek. orang dah tak ngejek. tak mengata kan.. ?
oleh itu. aku terima seadanya diriku yang memakai cermin mata ini.
sebab saya tahu kalau saya tak pakai cermin mata saya AYU. (cehh. )
dan saya tahu kalau saya pakai cermin mata saya COMEL. (cit. ) HEHE.
justeru, saya memang suka sangat bila saya pakai cermin mata. itulah saya.!
ok. mungkin saya akan pakai contact lens mase nak kawin. haha.
tetiba je plak. HOHO.
eh. pe tetibe guna aku, saya nih? ada krisis identiti ke hape nih? oh tak pe. sila abaikan.
moral of the entry:
= apa yang Allah dah bagi kat kita semuanya yang baik.
= jangan rendah diri dengan kekurangan anda
so BE HAPPY everyBODY!
1 comment:
slm ziarah :D
sy tfikir nk bdah mte 1 day
rs cm mnyushkn pki spek ni
xtau la lg cmne
tp setkt ni rs ok lg la pki spek
sbb pki xpki xkacak gk hahaha
Post a Comment