
baiklah. entry kali ini macam berkaitan dengan diri aku. diri aku ke? tak kisahlah sape2 pun. saje nak buat andaian dan imaginasi sendiri. ok. pernah tak anda rasa yang kawan anda buat bodoh je kat anda bila die jumpa kawan baru? pernah mengalaminya tak? kalau aku pernah sangat lah. sebab tu lah aku buat entry nih. haha. berbalik pada motif entry nih. ape korang rasa bila menghadapi situasi ini. rasa terpinggir? rasa sakit hati? rasa sedih? rasa nak nangis? rasa macam nak tolak je kawan kau tu biar jatuh dari tingkat 1. haha. dasat. mesti pernah rasa kan. memang jadilah benda ni kat sape2 pun. aku baru terfikir nak buat post ni walaupun agak lama aku fikir pasal benda alah. ceh. mcm ade masalah politik negara je bunyi gaya. hehe. aku ceritakan situasi yang aku reka. kawan korang ni jumpa kawan baru then, kau ada kat sebelah kawan kau tuh. kawan ko menyapa si kawan baru. si kawan baru say hi kat kawan ko. tapi kat ko tak say hi. pastu diorg chat. ko ditinggalkan sendiri. buat hal sendiri. diorang chat, gelak2, padahal kau sibuk melayan perasaan org yang dipinggirkan. diorang buat macam tak wujud je ko pada masa itu. nak interrupt chat diorg nanti kata menyibuk. buat muka weird face. ko diam balik. tatau kenapa kawan kau tak ajak kau sekali join chat. bila pandang muka kau, kau senyum dia pandang. dia menoleh balik. tak senyum. kawan baru tu pula semangat bercerita mengendahkan kau yang berdiri sorang2 kat sudut tepi. penat kau tunggu. mengharapkan diorang ajak kau sekali chat. tapi kawan kau tu still tak perasan. kau diam buat kerja sendiri. pandang kanan pandang kiri. atas bawah. depan belakang. masih ternanti bile diorang nak tegur kau balik. kadang-kadang kau terfikir rasa macam nak bla dari situ bila diorang buat tak endah. tapi macam kaki digam. tak bergerak. kau berdiri disitu. peluk tubuh. diorang dah habis chat. pergi tempat lain. tukar tempat chatroom. bla dari situ tanpa mengajak. "Jom awak. Ikut sekali." diorang bla. ko ditinggalkan sendiri. ye! kau dipinggirkan. kawan yang mula-mula kau berborak, bile jumpa orang lain, kau dipinggirkan. ditinggalkan sendiri. diorang buat hal sendiri. kau. sorang. terpaksa buat kerja sendiri. tanpa sesiapa yang teman. tiba-tiba kau terfikir, kenapa dia dah tak nak tegur aku? at least, ajakla berborak sekali. bila dah ade kawan baru, kawan yang first kau jumpa kau tinggalkan. macam tak pernah jumpa pun. macam tak kenal langsung. dan kau ditinggalkan jauh dibelakang. dia berjalan dengan kawan baru. langsung tak terfikir perasaan kau yang dipinggirkan. kau pun bla dari situ dan buat haluan sendiri. oh ya! bile dia rasa dia dah tak ade sape nak berkawan dia cari kau sebb kawan baru tuh dah ade gang sendiri. mula lah nak buat baik. kau buat muka biasa. tak reti nak buat reaksi apa. itulah orang. bila dapat yang baru. lama ditinggalkan. bila yang baru tuh dah muak. nak balik si lama. si lama redha. bagi aku, situasi macam ni, mana2 pon boleh jadi dan akan berlaku bila2 masa saja. tak kire lah. kadang-kadang kita anggap dia kawan, dan harap dia kawan yang sejati yang selalu saja nk buat kita tak rasa terpinggir. selalu ajak kita. tak lupa kita lah pendek kata. ape yang aku observe, kurang yang macam tuh. banyak yang macam kacang lupakan kulit ade lah. yang pasti susah nak cari kawan yang macam tu. kalau jumpa pon kire bertuah. dan ape yang aku nak cakap disini adalah. aku paling benci.dan BENCI dan BENCI dan sangat BENCI orang yang macam tuh. aku mmg benci orang yang berkelakuan macam tuh. (mungkin aku juga seperti itu. waallahualam) tapi mmg perasaan sakit hati, sedih ada. tapi still act cool. buat muka straight face. haaa... tibe-tibe rasa semangat nk elaborate isi-isi yang bernas ini. ceh. dlm exam punye la sakit otak nak perah. haha. aku cakap ni pon berdasarkan pengalaman. ceh ayat. ade ke aku berpengalaman seperti itu? ade eh? entah. ade kot. hehe. korang ade? kalao tak de mmg bernasib baik. =) bagi yang pernah mengalami apa yg korang nak buat dengan kawan kau yang lupakan kau dan pinggirkan kau cam tuh? aku bagi cadangan ape yg harus kau buat.
- tolak kawan kau tuh dari tangga. biar sampai jatuh... atauu...
- letak 12 ekor cicak dalam beg dia... atau..
- kasi penampar bertriple-triple... atau...
- baling kasut kat dia sebanyak 2 kali berturut-turut..
sila lah pilih mana satu yang bekenan. kalau aku, aku pileh no.4 sebab cara yang ke empat ni paling popular sekarang. so kita ikot arus pembangunan dunia lah ye. tapi kalau nak baling kasut tu pastikan tak de sape2 yang ade kat situ, nanti orang tu menyorok, dah melayang hempap ke dinding. dinding yang tak bersalah kena balingan tu pulak wokey? haha. gila. actually jgnlah kejam sangat. haha. tapi angan2 mmang nak buat gitu pun. betul tak? anggukkan kan kepala anda. pandai betol. mesti tertanya-tanya. ceh macam lah aku ni tau ape yg korang fikir. kenapa tibe2 plak aku buat post mcm ni. persoalan yang bermain di kepala mungkin antaranya ini
- adakah aku sedang mengalaminya
- adakah aku pernah mengalaminya?
- adakah aku tiba-tiba emo?
- adakah aku seorang peminat pembaling kasot. (err. takde kena mengena rasenye. ke ade?)
haha. jawapannya. lantak koranglah nak fikir ape pun. i tak kisah. :P oh. saya amat bersetuju jika sukan MEMBALING KASUT di masukkan dalam salah satu acara sukan OLIMPIK takpun dalam acara sukan sekolah. hehe. sebab memang mendapat sambutan. hehe.
No comments:
Post a Comment