Monday, October 27, 2008

bahasa malaysia sepenuhnya.

saya sedang mendengar: Bunga Citra Lestari - Lullicious
saya sedang : menelaah English O Level Past Paper. kdk.
perasaan : tiada idea

nak tulis dalam bahasa baku BAHASA MALAYSIA. =)
ini merupakan sudut pandangan saya. saya selalu fikir macam mana mereka yang mengambil 9 subjek dan ke atas boleh mendapat keputusan yang membanggakan. semua A. bagaimana ya? saya selalu bertanyakan pada diri saya. saya yang mengambil 6 subjek ini pun sudah terasa bebannya. bagaimana pula mereka yang belajar subjek yang banyak. saya berfikir... BAGAIMANA?? saya rasa macam nak menjerit apabila saya tidak mendapat jawapan yang betul tapi saya merasakan jawapan itu betul. bagaimana saya nak mahir dalam menerangkan sesuatu ungkapan atau terma atau proses dan sebagainya. bagaimana saya nak ingat semua formula fizik dan konsepnya. bagaimana saya nak imbangkan persamaan kimia kalau saya pun tak sangat mahir dengan asasnya. bagaimana? bagaimana?

adakah saya suka matematik tambahan?
- ya : jika saya dapat jawapan betul.
- ya : jika soalan tidak memeningkan otak saya.

- tidak : jika jawapan saya berbeza dengan jawapan sebenar.
- tidak : jika soalannya panjang dan saya tak pasti langkah apa yang perlu diambil.

adakah saya suka matematik?
*jawapan sila rujuk di atas*

adakah saya suka biology?
-ya: jika saya hanya perlu jawab soalan A B C D
-ya: jika soalannya senang
-ya: jika saya tidak perlu menerangkan sesuatu

-tidak : jika saya harus menghadapai kertas subjektif
-tidak : saya perlu menerangkan bagaimana itu dan ini berlaku.
-tidak : jika saya tak faham kehendak soalan.

adakah saya suka kimia dan fizik?
*jawapan sila rujuk diatas*

adakah saya suka bahasa inggeris?
-ya : jika saya faham kehendak soalan
-ya : jika karangan yang bakal ditulis, saya sudah dapat idea

-tidak : jika struktur ayat berbunga-bunga
-tidak : jika saya tiada idea ape hendak ditulis
-tidak : saya tidak mahir dalam meringkaskan artikel.

sekian~

No comments: